|
Objektif utama koperasi ini adalah untuk menyediakan fasiliti kewangan kepada anggota untuk mengatasi masalah kewangan, meningkatkan taraf pembangunan sosioekonomi dan yang paling utama adalah untuk menggalakkan amalan menyimpan. |
|
|
|
KOPERKASA menawarkan pelbagai kemudahan pembiayaan khas untuk anggota iaitu Pembiayaan Peribadi 1 dan 2, Pembiayaan 100%, Pembiayaan Pembelian Alat & Barangan, Pembiayaan Kenderaan, Pembiayaan Kebajikan, Pembiayaan Pendidikan, Pendidikan Pelancongan (termasuk untuk mengerjakan Umrah) dan yang terkini Pembiayaan Peribadi Anggota Pesara. Selain pembiayaan, KOPERKASA juga menawarkan pelbagai sumbangan dan insentif yang bermanfaat kepada anggota-anggotanya. |
|
|
|
Untuk mengembangkan perniagaannya, KOPERKASA turut menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan lain iaitu Perkasa Ar-Rahnu (untuk anggota dan juga terbuka untuk orang ramai), penjualan motosikal, penjualan pelbagai barangan elektrik, penyewaan premis, perhotelan, pembangunan hartanah dan pelaburan di mana keuntungan yang diperolehi daripadanya akan diagih-adihkan kepada anggota melalui dividen dan bonus tahunan.
| |
|
|
Selain Perkasa Ar-Rahnu, KOPERKASA juga mula mengorak langkah dalam bidang pembangunan hartanah dengan membangunkan satu projek perumahan iaitu Taman Koperkasa di kawasan Matang, Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Bilangan kediaman yang bakal dibina adalah melebihi 800 unit dan pada masa yang sama beberapa bangunan komersil juga akan dibina bersama. | |
|
|
Sejarah Koperasi |
|
|
Koperasi ini telah didaftarkan pada 6 September 1949 dengan nombor pendaftaran 16/49. Pendaftaran koperasi ini disertai dengan anggota seramai 124 orang yang terdiri daripada kakitangan kerajaan negeri Sarawak. Pengerusi pertama koperasi pada masa itu adalah H.M Cockles.
|
|
|
|
Pada mulanya koperasi ini telah didaftarkan dengan nama The Sarawak Government Employees Coorperatives Thrift and Loan Society Limited atau singkatannya SGECOOP. Pada awal 1970-an dengan jumlah keanggotaan seramai kira-kira 2800 orang, nama koperasi ini telah ditukar kepada Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Negeri Sarawak. Kemudiannya nama tersebut telah dipinda kepada Koperasi Pekerja Kerajaan Sarawak. Selepas itu, pada 28 Oktober 2000, nama koperasi telah dipinda sekali lagi kepada Koperasi Koperkasa Berhad di mana nama tersebut telah digunakan sehingga masa kini.
|
|
|