Keanggotaan
     
  Kelayakan & Syarat Menjadi Anggota  
 

  1. Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada pekerja-pekerja yang sedang bekerja dengan kerajaan Sarawak atau Kerajaan Persekutuan Malaysia atau pihak Berkuasa Tempatan atau Badan Berkanun atau mana-mana Jabatan Kerajaan atau pihak Berkuasa atau Badan tersebut di atas diswastakan kemudian.

  2. Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah:
    1. warganegara Malaysia;
    2. telah mencapai umur lapan belas tahun;
    3. bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan
    4. bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana Koperasi dalam tempoh satu tahun.

  3. Hendaklah membuat caruman bulanan seperti berikut:
    1. RM30.00 (Minimum) - Caruman WAJIB melalui potongan gaji kepada Modal Yuran dan hanya boleh dikeluarkan berdasarkan Undang-Undang Kecil Koperasi;
    2. RM20.00 (Minimum) - Caruman yang tidak diwajibkan melalui potongan gaji kepada Modal Simpanan dan boleh dikeluarkan dalam lat masa dua bulan sekali

  4. WAJIB melanggan sekurang-kurangnya 1 unit syer bernilai RM 100.00 dan hanya boleh dijual apabila tamat keanggotaan. Syer wajib akan dipotong melalui gaji dengan jumlah potongan sebanyak RM20.00.
 
 
  Cara Memohonan Menjadi Anggota  
 
  1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada Setiausasa Koperasi atau pegawai koperasi yang dipertanggungjawabkan.(Borang disediakan secara percuma di pejabat Koperasi dan muat turun borang boleh didapati di sini.)

  2. Fi permohonan anggota baru adalah sebanyak RM 10.00. Fi tersebut akan dikembalikan sekiranya permohonan ditolak oleh Anggota Lembaga (menurut perenggan 50(a) Akta)

  3. Fi permohoan bekas anggota yang hendak menjadi anggota semula adalah sebanyak RM 20.00.

  4. Dokumen berikut hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang permohonan:
    1. satu salinan kad pengenalan (disahkan oleh majikan);
    2. satu salinan slip gaji terkini (disahkan oleh majikan); dan
    3. satu keping gambar berukuran passport