Perkhidmatan Koperasi
 
  Perkhidmatan Koperasi > Aturan Pengeluaran Yuran Bulanan
 
  ATURAN PENGELUARAN YURAN BULANAN  
 
 

1.

 

2.

 

TUJUAN

 Yuran Bulanan terkumpul anggota boleh dikeluarkan untuk kegunaan peribadi

SYARAT-SYARAT PENGELUARAN

 

(i)

Jumlah baki Yuran Bulanan terkumpul tidak kurang daripada Ringgit Malaysia Dua Ribu (RM2,000) sahaja selepas pengeluaran.

(ii) Mencapai keanggotaan 5 tahun.
(iii)

Berterusan mencarum dalam modal yurannya.

(iv) Bagi anggota yang tidak berhutang, pengeluaran sebanyak lima puluh peratus (50%) daripada jumlah yuran bulanan terkumpul selepas ditolak perkara (i) iaitu RM2,000.00.
(v)

Bagi seseorang yang sedang berhutang dengan koperasi, pengeluaran sebanyak dua puluh peratus (20%) daripada jumlah yuran bulanan terkumpul selepas ditolak perkara (i) iaitu RM2,000.00.

(vi)

Pengeluaran boleh dibuat 1 kali dalam setahun oleh anggota kecuali anggota yang bersara wajib, bersara pilihan dan pemegang Saham.

(vii)

Bagi Anggota yang bersara wajib, bersara pilihan dan pemegang saham, pengeluaran Yuran Bulanan Terkumpul boleh dikeluarkan keseluruhannya kecuali yang mempunyai baki Pembiayaan 100%, pengeluaran boleh dibuat setelah menolak baki tertunggak termasuk faedah serta caj penalti.

3.

TAFSIRAN

 

(i)

Bersara Wajib - ertinya persaraan wajib 55 tahun atau umur wajib yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.
  (ii) Bersara Pilihan - ertinya persaraan di bawah umur 55 tahun yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
4.

PELBAGAI

 Jika pada bila-bila masa Lembaga berpendapat kedudukan kewangan Koperasi akan tergendala disebabka oleh pengembalian modal yuran, Lembaga di dalam mesyuaratnya boleh dengan satu keputusan menahan hak menarik balik yuran. Penahanan itu tidaklah dikenakan dalam perkara terhenti menjadi anggota menurut Undang-undang Kecil 21.