Kerjaya
 
  TAWARAN JAWATAN KOSONG
 

Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad (KOPERKASA) adalah sebuah koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 pada 6 September 1949. Selaras dengan perkembangan Koperasi ini, kami mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan seperti berikut:

Jawatan            : Kerani
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan      : Satu (1) di Pejabat Cawangan Sri Aman
Gred Gaji          : C2 ( RM945.00 - RM3,826.00)
Elaun-Elaun      : Elaun Tetap Pekerja KOPERKASA - RM200.00
                            : Kadar Imbuhan Bulanan Pekerja KOPERKASA - 15% daripada gaji pokok
                            : Elaun Perumahan - RM200.00

Kelayakan Umum:

  1. Warganegara Malaysia, bermastautin di Sarawak;
  2. Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh iklan ditutup;
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional SPM(V) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;.
  4. Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
  5. Berkebolehan mengendalikan komputer (Microsoft Office Excel, Internet dll);
  6. Mempunyai personaliti yang baik, bermotivasi diri, berintegriti, bertanggungjawab, berwawasan dan seorang yang komited;.

Pemohon hendaklah menghantar resume yang lengkap dengan menyatakan kelayakan, pengalaman kerja serta menyertakan salinan sijil-sijil (sijil akademik, kad pengenalan, sijil kelahiran dan sijil sokongan). Pemohon juga dikehendaki menyertakan sekeping gambar terbaru berukuran passport (tidak dikembalikan), dalam sampul surat bertanda << JAWATAN KOSONG >> di sebelah kiri di atas kepada:

 

SETIAUSAHA
KOPERASI KOPERKASA SARAWAK BERHAD
16-20, WISMA KOPERKASA
JALAN SIMPANG TIGA, 93300 KUCHING
SARAWAK
(Tarikh tutup adalah 15 Ogos, 2018)

Calon-calon yang telah disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk di temuduga.

Anda boleh memuat turun iklan versi PDF pada pautan di sini